[VIDEO] Isu stoking kalimah ALLAH: Hidup KK Chai, isteri sengsara 124 hari

Iklan

SHAH ALAM – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) memberitahu kejadian stoking tertera kalimah ALLAH menyebabkan hidupnya sengsara dan berlanjutan selama 124 hari.

Datuk Seri KK Chai, 57, berkata, bukan sahaja emosinya terjejas malah syarikatnya juga turut menerima tempias.

Iklan
Iklan

Ahli perniagaan itu berkata, isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui, 53, turut bersedih susulan insiden yang berlaku.

"Justeru, saya harap keputusan (lepas dan bebas) akan menoktahkan perkara ini," katanya.

Iklan

KK Chai atau nama sebenarnya, Chai Kee Kan berkata, tempoh masa empat bulan selepas dituduh, bukan perjalanan yang mudah untuk dilalui.

KK Chai (kanan) dan isterinya ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin, bagi sebutan kes melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH, Mac lalu. - FOTO: SINARHARIAN/ ROSLI TALIB

Sementara itu, peguam, Datuk Rajpal Singh yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, keputusan melepaskan dan membebaskan (DNA) dibuat selepas representasi yang dihantar pada 17 Mei diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Iklan

"Justeru, kes ini sudah selesai dan berharap masyarakat ‘move on’ daripada membincangkan lagi kes ini,” katanya ketika sidang akhbar di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.

Sebelum itu, mahkamah memberi perintah DNA terhadap KK Chai, Siew Mui dan tiga pengarah syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36 daripada pertuduhan melukakan perasaan orang Islam berhubung stoking tertera kalimah ALLAH.

Sementara itu, ditanya sama ada KK Mart akan meneruskan saman terhadap Xin Jian Chang, peguam, Datuk David Gurupatham menegaskan, setakat ini perkara tersebut akan diteruskan KK Mart.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!