KOTA KINABALU - Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran palsu bagi mendapatkan bayaran pampasan tanah bernilai kira-kira RM111,000.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 11 pagi Isnin.
Iklan
Iklan
"Suspek mengemukakan tuntutan itu dengan alasan tanah tersebut terlibat dengan sebuah projek pembinaan jalan sedangkan tanah berkenaan tidak terlibat," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok pagi untuk didakwa," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!