KP Sharma angkat sumpah PM baharu Nepal

Iklan
KP Sharma mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Nepal. Foto AFP

KATHMANDU - KP Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist)(CPN-UML), mengangkat sumpah pada Isnin sebagai Perdana Menteri baharu Nepal, lapor Xinhua.

KP Sharma, 72, mengangkat sumpah di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel.

Iklan
Iklan

Ini kali keempat beliau menjawat jawatan perdana menteri.

"Perdana Menteri KP Sharma mengetuai 21 barisan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden," kata Kiran Pokharel, penasihat akhbar kepada presiden, kepada Xinhua.

Iklan

Arzu Rana Deuba, isteri presiden parti Kongres Nepal dan bekas perdana menteri Sher Bahadur Deuba, menjadi menteri luar. Kabinet yang terdiri daripada 25 anggota itu kekurangan tiga menteri negeri.

KP Sharma mengetuai kerajaan gabungan empat parti di bawah perjanjian yang dicapai dengan parti Kongres Nepal pada malam 1 Julai.

Iklan

Pushpa Kamal Dahal kehilangan mandat untuk kekal berkuasa pada Jumaat selepas kehilangan undi percaya di Dewan Perwakilan, apabila CPN-UML menarik diri dan menarik balik sokongan kepada kerajaannya.

Ini menyebabkan KP Sharma dinamakan sebagai perdana menteri pada petang Ahad.

Sebagai parti terbesar di Dewan Rakyat, parti Kongres Nepal dan CPN-UML bersetuju untuk mengambil giliran jawatan perdana menteri sehingga pilihan raya umum seterusnya pada 2027.

Tiada parti tunggal yang memenangi majoriti kerusi di Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum yang diadakan pada November 2022 di negara Asia Selatan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!