Armada sokong seruan penyatuan presiden

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong sepenuhnya seruan penyatuan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Konvensyen Bersatu pada Sabtu.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, formula 'Top 5' yang diilhamkan presiden mampu mewujudkan keharmonian dan kesepaduan dalam kalangan pimpinan dan ahli akar umbi parti bagi mendepani cabaran politik semasa.

Iklan
Iklan

Jelasnya, fokus utama Bersatu kini adalah menjadi pembela kepada rakyat, maka, kudrat dan tumpuan seluruh anggota parti perlu ditumpukan ke arah usaha ini.

Pemilihan Bersatu yang akan berlangsung pada Oktober ini mungkin tiada pertembungan melibatkan jawatan tertinggi parti berkenaan.

Iklan

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan itu ketika merasmikan Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang di sini pada Sabtu.

Muhyiddin berkata, dia sendiri telah bertemu dengan semua pimpinan tertinggi parti dalam mencari jalan penyelesaian bagi mengelak pertembungan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!