UMNO perlu fokus bangunkan negara - Mujahid
Iklan
SHAH ALAM - UMNO perlu melihat lebih banyak isu besar berkaitan pembangunan negara dan ekonomi bagi mengukuhkan kestabilan politik bersama gabungan Kerajaan Perpaduan serta tidak termakan dengan pelbagai naratif yang dimainkan oleh pembangkang.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, isu penting seperti peralihan ekonomi dan kebajikan rakyat memerlukan kestabilan politik bagi mengukuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.