Riuh Euro 2024: Mahsuri Dagang beri 350 produk kepada pengunjung

Iklan
Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Dagang Sdn Bhd, Datuk Ahmad Tajuddin Idris (kanan) dan Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz (kiri) bersama pengunjung Riuh Euro 2024 yang berpeluang menerima beg yang diisi produk Mahsuri Dagang di perlawanan akhir Euro 2024 di Restoran Hakim, Seksyen 7 di sini pada Isnin.

SHAH ALAM - Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) menyemarakkan lagi kehangatan perlawanan Akhir Euro 2024 pada Isnin dengan pemberian sebanyak 350 produk Kicap Manis Pedas kepada peminat bola sepak.

Pengarah Bukan Eksekutifnya, Datuk Ahmad Tajuddin Idris berkata, pemberian berkenaan bertujuan menggalakan komuniti untuk menggunakan produk tempatan yang khusus diciptakan untuk rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kami mengharapkan program Riuh Euro 2024 ini dapat memperkenalkan lagi Mahsuri Dagang kepada rakyat setempat.

"Pengguna juga boleh menggunakan Mahsuri Dagang dengan baik, tidak perlu takut dan ragu. Ia semestinya bersih dan halal,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Kemeriahan peminat bola sepak perlawanan akhir Euro 2024 di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini pada Isnin.


Program berkenaan sempena perlawanan akhir Euro 2024 antara England menentang Sepanyol menerusi tayangan skrin gergasi anjuran Sinar Harian dengan kerjasama Mahsuri Dagang dan rakan strategik lain di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri, Mohd Najwan Halimi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli dan tetamu kehormat lain.

Iklan

Dalam masa sama, Ahmad Tajuddin turut mengharapkan produk berkenaan dapat diterima oleh orang ramai terutama pengunjung program Riuh Euro 2024 yang berbilang kaum dan agama.

"Program hari ini kita mengharapkan perpaduan dan kerjasama daripada pelbagai kaum.

"Dengan aktiviti yang ada ini juga, kita akan dapat mengeratkan perpaduan antara satu sama lain,” tambahnya.

Ahmad Tajuddin (berdiri, dua kiri) dan Mohd Jazri (berdiri, tiga kanan) bersama Amiruddin (duduk, tengah) dan tetamu sempat bergambar sebelum perlawanan akhir Euro 2024 bermula.


Sementara itu, Ketua Komersialnya, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, setiap pengunjung perlawanan akhir bola sepak itu menerima satu beg yang diisi dengan pek percubaan produk berkenaan sebanyak 145 mililiter (ml) sebotol.

Ujar Mohd Jazri, pihaknya sedaya upaya mendekatkan diri dengan komuniti supaya lebih ramai mengetahui Mahsuri Dagang yang mengeluarkan pelbagai jenis kicap dan sos.

"Harapan Mahsuri Dagang adalah pengguna baharu dapat mencuba produk kami. Mungkin ramai yang sudah cuba Kicap Manis Pedas ini, lagipun ia memang sudah tular.

"Jadi, melalui pemberian sebanyak 350 produk itu, kami dapat mendekatkannya lagi kepada pengguna sedia ada dan baharu.

"Kepada pengguna baharu, kami harapkan mereka akan suka dengan produk ini,” katanya lagi.

REAKSI PENGUNJUNG



"Saya memang sudah menggunakan produk Mahsuri Dagang sejak sekian lama. Saya suka kicap dan sos daripada produk ini kerana rasanya secukup rasa. Kita orang Malaysia, mesti suka makan pedas dan manis, jadi Mahsuri Dagang memang sesuai untuk saya dan keluarga. Terima kasih Mahsuri Dagang.”- Pekerja swasta, Prabagaran Gunasekaran, 45



"Saya memang pengguna dan menyukai Kicap Manis Pedas daripada Mahsuri Dagang. Sejujurnya, sudah lama kami sekeluarga menggunakan kicap dan sos daripada produk ini. Saya berharap agar Mahsuri Dagang dapat memperbanyakkan lagi jenis kicap dan sos.”- Suri rumah, Nurain Ishak, 33



"Saya tak pernah cuba lagi produk daripada Mahsuri Dagang ini, tetapi saya lihat ramai yang beri komen positif mengenainya terutama Kicap Pedas Manis. Jadi, saya akan cuba produk ini, terima kasih Mahsuri Dagang beri pek percubaan secara percuma.” - Pekerja swasta, Syed Zafir Syed Ezahar, 26