TANJUNG MALIM - Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pada Ahad.
Mangsa, Ameyza Ya’akoob, 36, yang juga bekas pengawal peribadi kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dilaporkan mengalami patah kaki kiri dan kanan.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, dalam kejadian pada jam 2.30 petang itu, pemandu kereta jenis Honda HR-V itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Bandar Sri Damansara di Selangor.
"Apabila sampai di Kilometer 365 lebuh raya berkenaan, lelaki berusia 63 tahun yang memandu kenderaan itu telah berhenti di 'emergency bay' untuk menukar pemandu dengan seorang wanita.
Mohd Hasni berkata, akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal telah mengalami kecederaan.
"Wanita yang patah kedua-dua kakinya itu telah dibawa ke Hospital Slim River oleh ambulans, sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Wanita itu masih belum buat laporan kemalangan.
"Lelaki dan wanita yang menaiki SUV itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.