KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
DBKL dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) memutuskan untuk mengembalikan Jalan Sultan Ismail iaitu dari persimpangan Jalan Raja Chulan ke persimpangan Jalan Bukit Bintang kepada jalan sehala mulai 12.01 tengah malam, 22 Julai ini.