Purata suhu Semenanjung meningkat - Nik Nazmi

Iklan
Nik Nazmi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Purata suhu permukaan bagi Semenanjung menunjukkan peningkatan sebanyak 0.24 darjah Celsius per dekad.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung pada bulan Mei 2024 ialah 28.8 darjah Celsius.

Iklan
Iklan

Manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu pula katanya, ialah 26.6 darjah Celsius.

"Peningkatan suhu ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu faktor semula jadi dan kesan daripada aktiviti manusia. Faktor semula jadi adalah seperti perubahan iklim global dan perubahan pola cuaca.

Iklan

"Peningkatan pelepasan gas rumah kaca di atmosfera secara global menyebabkan perubahan iklim yang memberi kesan terhadap peningkatan suhu global dan impaknya dapat juga dirasakan di Semenanjung Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) mengenai purata suhu di Semenanjung Malaysia sekarang berbanding 50 tahun yang lalu, selain sebab mengakibatkan perubahan itu.

Iklan

Tambah Nik Nazmi, suhu tempatan pula boleh dipengaruhi oleh perubahan pola cuaca seperti perubahan hujan dan musim.

"Aktiviti manusia seperti penebangan hutan, pertanian dan pembangunan infrastruktur juga menyebabkan hilangnya kesan penyejukan semula jadi,” katanya.

Selain itu, kesan daripada aktiviti berkenaan juga boleh mengubah aliran air semula jadi dan iklim tempatan yang turut menyumbang kepada peningkatan suhu.