Koronavirus: 'Saya rasa seolah-olah berada dalam filem ET'

Iklan
Hope memuji layanan pasukan perubatan dalam merawat dirinya yang disyaki menghidap koronavirus selepas pulang daripada Wuhan, baru-baru ini.

NEWCASTLE – Seorang penggiat seni menarik nafas lega kerana dibebaskan daripada kuarantin selama 27 jam kerana disyaki dijangkiti koronavirus.

Micheal Hope, 45, berkata, pada mulanya dia berasa tidak sihat selepas pulang mengajar di Wuhan namun menyangkakan sakit tersebut hanya disebabkan ‘jet lag’, lapor Metro.co.uk yang memetik sumber.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, selepas memberitahu doktor mengenai perjalanannya dari Wuhan baru-baru ini, dia segera dikejarkan ke Royal Victoria Infirmary dan diletakkan secara berasingan.

"Saya menjalani ujian yang dilakukan petugas medik yang memakai sut perlindungan seperti angkasawan dan saya rasa seolah-olah berada dalam filem ET. Jujur saya katakan, ia betul-betul wujud.

Iklan

"Luar biasa cara mereka menjaga saya. Menakutkan tetapi mereka membuatkan saya berasa agak santai. Mereka sangat berperikemanusiaan walaupun kelihatan seperti angkasawan. Saya kagum betapa cepatnya mereka lakukan urusan.

"Mereka akan masuk melalui satu pintu tertutup dan keluar melalui satu lagi pintu. Setiap kali mereka keluar, mereka terpaksa melupuskan pakaian mereka dan jururawat juga terpaksa mengambil masa beberapa minit memakai alat pelindung hanya untuk menghantar pisang kepada saya,” katanya.

Iklan
Hope mengajar seni di Wuhan.

Tambahnya, dia bersyukur kerana mendapat patch nikotin (terapi untuk perokok) yang diberikan melalui bawah pintunya.

Dalam pada itu, Hope berkata, pelan penjagaan jelas dirancang dengan baik dan dia menyedari rawatan itu bukan hanya tentang kesihatan dirinya semata-mata tetapi untuk orang awam.

"Saya amat terkenangkan kawan-kawan saya di China yang mereka sepatutnya meraikan Tahun Baru Cina namun disebabkan virus ini hidup mereka kini hanya fokus kepada kesihatan diri.

"Saya sangat bersedih untuk mereka, saya bernasib baik kerana dapat keluar,” katanya.