Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis sahkan suspek anggota PDRM di Perak

Iklan

SUNGAI BULOH - Penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika ditanya mengenai status lelaki terbabit.

Iklan
Iklan

"Suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Perak.

"Siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama," katanya pada Selasa.

Iklan

Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin.

Mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.

Iklan

Allahyarham dipercayai dibunuh individu yang dikenali.

Mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.