UPSI sedia tanggung kos hantar pulang jenazah Nur Farah Kartini

Iklan
Wakil pengurusan jawatankuasa UPSI hadir di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi membantu pengurusan penghantaran jenazah Nur Farah Kartini. Foto Bernama

SUNGAI BULOH - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan hasrat untuk membantu urusan penghantaran jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah ke Miri, Sarawak.

Wakil pihak UPSI yang enggan dikenali berkata, pihak pengurusan universiti akan menanggung segala kos pengurusan dan penghantaran jenazah.

Iklan
Iklan

"Pihak pengurusan UPSI akan membantu meringankan bebanan keluarga mangsa menerusi sumbangan kos pengurusan penghantaran pulang jenazah arwah Nur Farah Kartini ke Miri, Sarawak.

"Bagaimanapun, perkara ini masih perlu menunggu keputusan daripada pihak waris sama ada akan dikebumikan di sini atau di Sarawak," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini pada Selasa.

Iklan

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Nur Farah Kartini merupakan bekas pelajar UPSI yang cemerlang dengan memperoleh Purata Gred Nilai (GPA) 4.0.

Pada Isnin, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang sawit di Hulu Selangor.

Iklan

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira jam 6 petang dan dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, seorang suspek yang disahkan sebagai anggota polis dipercayai teman lelaki mangsa direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.