Rakaman gambar pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang melintasi ruang udara ketika tinjauan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Esok genap 10 tahun tragedi pesawat MAS MH17, ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK semasa terbang melewati kawasan dilanda konflik di timur Ukraine sehingga mengorbankan kesemua penumpang.
Kejadian pada 17 Julai 2014, melibatkan penumpang dari 17 negara termasuk 198 warga Belanda, 43 rakyat Malaysia, 38 dari Australia dan 10 lagi berasal dari United Kingdom. Foto Bernama