Polis bawa suspek kes bunuh Nur Farah Kartini ke lokasi kejadian

Iklan
Polis membawa suspek kes bunuh seorang bekas penuntut UPSI ke lokasi kejadian di kawasan ladang kelapa sawit di Hulu Selangor, pada Selasa.

HULU SELANGOR - Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 26 tahun dilihat tiba kira-kira jam 2.30 petang menaiki sebuah kenderaan dengan diiringi tiga kenderaan lain.

Iklan
Iklan

Sinar Harian difahamkan, suspek yang memakai baju lokap warna oren diiringi anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Kehadiran suspek berkenaan dipercayai bagi membantu siasatan di lokasi kejadian penemuan mayat Nur Farah Kartini.

Iklan

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan suspek yang juga anggota polis direman selama tujuh hari bermula Selasa untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui di kawasan ladng kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, pada Isnin.

Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, mayat mangsa ditemui hampir reput di lokasi selepas dipercayai beberapa hari meninggal dunia.