Gagal hantar Black Hawk ikut waktu, ADSSB berdepan denda - Mindef

Iklan
Adly ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) mengesahkan akan mengenakan denda terhadap Syarikat Aerotree Defence & Services Sdn Bhd (ADSSB) kerana gagal membekalkan helikopter Black Hawk UH-60A mengikut waktu ditetapkan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, tindakan berkenaan akan dilakukan walaupun tuntutan lanjutan masa diberikan kepada syarikat tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak ADSSB telah memohon tuntutan lanjutan masa kedua kepada pihak kementerian.

"Memang syarikat ini ada memohon tuntutan lanjutan masa kali kedua. Tetapi kita dalam proses penilaian kerana justifikasi kita memberikan tuntutan lanjutan masa adalah berdasarkan kepada penilaian teknikal dan alasan yang diberikan oleh pihak syarikat itu sendiri.

Iklan

"Dalam konteks ini, denda lewat sudah pasti akan kita kenakan kepada syarikat walaupun tuntutan lanjutan masa kali kedua diberikan.

"Ini kerana kita mengambil kira faktor masa sekiranya kita tahu kesan daripada tender semula itu akan memberikan kesan jangka masa panjang yang lebih sukar terutamanya bagi pasukan udara tentera darat (PUTD)," katanya ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang menyatakan satu kerugian jika tentera darat mahu membatalkan atau menggantikan helikopter Black Hawk UH-60A itu dengan pesawat lain.

Dalam pada itu, Adly yang juga ahli Parlimen Alor Gajah memberitahu, ADSSB telah dipertanggungjawab untuk menghantar dua buah helikopter pada 30 Oktober 2023 dan dua buah lagi pada 30 Disember 2023.

Katanya, syarikat memaklumkan kepada pihak kementerian bahawa terdapat beberapa kekangan dalam membuat penghantaran helikopter itu.

"Antara justifikasi yang diberikan adalah pertama, peperangan berlarutan di Ukraine telah menyebabkan gangguan rantaian bekalan.

"Proses kelulusan pihak pengawal selia Amerika Syarikat (AS) telah diperketatkan bagi pemodenan spesifikasi teknikal dan integrasi sistem avionik ke atas pesawat Black Hawk UH-60A," ujarnya.

Tegas Adly, Mindef amat memandang serius mengenai kelewatan itu dan pihaknya tahu ia

Akan memberikan impak terhadap pengoperasian helikopter PUTD seperti yang digariskan oleh kontrak.