PASUKAN kebangsaan Sepanyol meraikan kejayaan mereka dalam Kejohanan Eropah pada Isnin dengan beberapa siri acara yang berakhir di pusat bandar Madrid, kata Xinhua.
Pasukan itu yang menewaskan England 2-1 di Berlin pada malam Ahad untuk memenangi kesemua tujuh perlawanan dalam kejohanan berkenaan tiba di Lapangan Terbang Barajas Madrid sejurus selepas pukul 14:00 waktu tempatan.
Para pemain dibawa ke hotel untuk berehat sebelum menuju ke Palacio de la Zarzuela di pinggir ibu kota Sepanyol untuk menerima ucapan tahniah daripada Raja Felipe VI (yang berada di Berlin pada Ahad) dan keluarga diraja.
Mereka kemudian membuat perjalanan singkat untuk bertemu Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez sebelum menaiki bas terbuka untuk berarak melalui pusat bandar ke Plaza Cibeles yang ikonik.

Peminat berkumpul di Dataran Cibeles meraikan kejayaan Sepanyol menjuarai UEFA Euro 2024, di Madrid, Sepanyol, - Foto: Xinhua