MELAKA - [DIKEMAS KINI] Perikatan Nasional (PN) Melaka menyambut baik keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang telah menyertai keluarga besar parti itu.
Pengerusinya, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, keputusan itu dilihat berlandaskan keikhlasan dan kesungguhan seorang wakil rakyat yang ingin memperjuangkan nasib rakyat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesanggupan Muhammad Jailani meninggalkan keselesaan yang dinikmati dalam kerajaan atas rasa kesedaran bahawa kerajaan negeri sekarang bukanlah sebuah kerajaan yang patut disanjungi oleh rakyat.
"Apa yang pasti, tindakan beliau ini tidak bercanggah dengan perlembagaan yang ada kerana tindakan dibuat adalah lebih awal dari tarikh Akta Anti
Lompat Parti dikuatkuasakan di negeri Melaka," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mohd Yadzil yang juga ADUN Bemban berkata, beliau yakin akan lebih ramai wakil rakyat yang ingin bersama dengan PN dan serius untuk memperjuangkan nasib rakyat.
"PN Melaka akan teruskan melangkah dan melaksanakan agenda memperjuangkan nasib rakyat Melaka demi agama, bangsa dan negeri kita yang dicintai," ujarnya.