Koronavirus merebak lebih cepat

Iklan
Pengangkutan awam di kebanyakan bandar di China kini berdepan sekatan perjalanan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan koronavirus tersebut. - Foto agensi

BEIJING - Keupayaan penyebaran koronavirus didakwa lebih cepat dan jangkitan dijangka terus meningkat.

Amaran itu dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) hari ini selepas lebih 2,000 dijangkiti dan meragut 56 nyawa di seluruh China.

Iklan
Iklan

Menteri NHC, Ma Xiaowei berkata, maklumat yang diperoleh pihak berkuasa mengenai koronavirus itu adalah terhad dan mereka masih tidak jelas berkaitan risiko yang boleh berlaku akibat mutasi virus terbabit.

"Tempoh inkubasi untuk koronavirus boleh berlaku pada hari pertama hingga hari ke-14. Virus itu berjangkit ketika inkubasi dan ia tidak berlaku pada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS)," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: China guna ubat rawat virus HIV

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, dua wilayah dan tiga bandar di China telah mengarahkan seluruh penduduk mereka memakai topeng muka di tempat awam untuk mencegah penularan wabak tersebut.

Langkah itu berkuat kuasa di wilayah Guangdong dan Jiangxi serta bandar Nanjing, Ma'anshan dan Xinyang.

Iklan

Sementara itu, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat mengesahkan ia akan meningkatkan bekalan topeng muka selepas permintaannya kini semakin meningkat. - Agensi