ISTANBUL - Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Tokyo Electric Power Company Holdings Inc. memulakan pelepasan sekitar 7,800 tan air pada 28 Jun, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Kyodo News.
Iklan
Iklan
Pengendali loji terbabit melaporkan bahawa kepekatan tritium yang ditemui dalam air di sekitar kawasan terbabit adalah normal.
Jepun mula melepaskan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji itu sejak Ogos lalu, meskipun mencetuskan tentangan hebat dari China dan parti-parti pembangkang di Korea Selatan serta Kepulauan Solomon.
Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi terpaksa ditutup selepas mengalami leburan teras pada 2011 akibat kejadian gempa bumi dan tsunami. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!