Tiada tempat selamat di Gaza - Ketua PBB

Iklan
Antonio Guterres

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan situasi di Gaza sebagai amat berbahaya dengan menyatakan 'tiada tempat yang selamat' di wilayah itu.

Beliau berkata, tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.

Iklan
Iklan

"Tiada tempat yang selamat. Di mana-mana adalah zon pembunuhan yang berpotensi," kata Guterres dalam catatannya di platform X.

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi pihak-pihak yang terlibat untuk menunjukkan keberanian politik dan kemahuan politik untuk akhirnya mencapai kata sepakat. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan