Hujan 'gagalkan' Jokowi berpindah ke IKN

Iklan
Jokowi (tengah) bercakap kepada pemberita pada Selasa. Agensi

JAKARTA - Sering kali hujan di kawasan pembangunan Ibu Kota Nusantara (IKN) menjadi antara faktor Presiden Joko Widodo (Jokowi) menunda rencananya untuk berpindah ke kawasan itu.

Sebelumnya, Jokowi menyatakan hasrat untuk mula berpindah pejabat dari Jakarta ke IKN pada Julai 2024.

Iklan
Iklan

"Memang hasrat saya untuk mula menetap di IKN pada Julai ini, tetapi jika dilihat di IKN hujan selalu.

"Jadi banyak pekerjaan yang tergendala akibat daripada hujan berterusan," katanya kepada pemberita pada Selasa, lapor TV0ne.

Iklan

Katanya, punca ketidaktentuan cuaca merupakan hal biasa yang menyebabkan sesuatu projek tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Idea pemindahan ibu negara dan pembangunan IKN diumumkan Jokowi pada 29 April 2019.

Iklan

Ia bertujuan untuk agenda pemerataan ekonomi, mencipta mercu tanda kota pentadbiran baharu menuju wawasan Indonesia Emas 2045 dan sebagai langkah mengatasi pelbagai masalah urban yang dihadapi oleh bandar raya Jakarta.

Sepanjang kerja pembangunan dijalankan, projek mega IKN berdepan dengan pelbagai cabaran, antaranya soal pembebasan hak milik tanah, pengagihan penggunaan dana, sasaran jadual pembangunan, dan perkara teknikal berhubung undang-undang lain. - Agensi