KUALA LUMPUR - Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada hari Sabtu ini dinantikan dengan penuh teruja oleh seluruh rakyat, untuk menyaksikan detik bersejarah yang menjunjung kegemilangan institusi raja di Malaysia, mencetuskan minat ramai untuk mengenali Seri Paduka Baginda dengan lebih dekat lagi.
Dalam temu bual eksklusif, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai memberi gambaran sepintas lalu mengenai keperibadian Seri Paduka Baginda dan komitmen yang tidak berbelah bahagi Sultan Ibrahim terhadap rakyatnya, di samping pengalaman, hubungan profesional dan peribadinya dengan Seri Paduka Baginda.
Chun Wai berkata, perkenalan dengan Sultan Ibrahim bermula sejak 2014, bermula dengan keprihatinan Seri Paduka Baginda yang merasakan negeri Johor kurang mendapat liputan media, dan seterusnya membawa kepada undangan buat Chun Wai untuk melawat Johor Bahru dan memberikan pandangannya berhubung perkara itu.
Walaupun pada mulanya beliau keberatan untuk bertemu Sultan yang dikenali ramai dengan ketegasannya, Chun Wai sebaliknya menemui sisi berbeza Sultan Ibrahim pada pertemuan pertama mereka.
"Tuanku amat menyenangkan, bersahaja, dan berterus terang. Saya tidak rasa gementar pun," kata Chun Wai tentang pertemuan pertama mereka di Istana Bukit Serene pada Mac 2015, yang menyaksikan Sultan Ibrahim dengan berbusana linen biru langit, mengalu-alukan dialog terbuka.
Perbincangan selanjutnya meliputi pelbagai topik, termasuk potensi ekonomi Johor dan peranan raja-raja dalam tadbir urus moden.
Chun Wai berkata, Sultan Ibrahim amat mengambil berat terhadap kebajikan rakyat kerana Seri Paduka Baginda sering menekankan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama, menentang keras ekstremisme, dan menyokong keharmonian serta perpaduan.

Sultan Ibrahim berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1445H/2024. Turut berangkat mengiringi baginda ke majlis itu anakanda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. - Foto Bernama