Kondominium jadi markas sindiket judi online

Iklan
Fadzil (dua, kanan) bersama pegawainya dalam serbuan di kondominium membongkar kegiatan judi online.

AMPANG - Kegiatan sindiket perjudian online mengaut untung pertaruhan mencecah RM17.6 juta sebulan dengan mengendalikan 11 laman sesawang judi dalam talian dibongkar.

Pembongkaran itu dibuat Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sebuah kondominium di Pandan Indah di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, serbuan kira-kira jam 2 petang di dua unit kondominium berkenaan menemui enam buah komputer dipercayai digunakan untuk operasi aktiviti berkenaan.

Menurutnya, seramai 14 individu warga Indonesia termasuk lapan wanita dan seorang lelaki warga Myanmar berusia 16 hingga 32 tahun ditahan.

Antara individu yang ditahan.

Iklan

"Dipercayai mereka ini bekerja sebagai penyelia yang menguruskan transaksi pertaruhan dan menyebarkan iklan mengenai laman web dikendalikan sindiket terbabit.

"Sindiket itu dipercayai sudah beroperasi hampir setahun lalu dengan mengutip wang pertaruhan mencecah RM17.6 juta," katanya kepada media di lokasi serbuan di sini, hari ini.

Iklan

Fadzil berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah beroperasi dengan memecahkan pusat operasi kepada beberapa lokasi bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, sindiket hanya menggunakan tiga komputer dalam setiap rumah yang dikendalikan tujuh hingga lapan pekerja warga asing berkenaan yang bekerja mengikut shif 12 jam setiap hari dengan gaji RM1,500 sebulan.

"Berdasarkan maklumat diperoleh, sindiket ini memiliki rangkaian pelanggan beratus individu yang juga warga tempatan," katanya.

"Kes itu disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan judi di kawasan sekitar mereka diminta tampil menghulurkan maklumat kepada pihak polis," katanya.