Etnik Penan di Lusong Laku

Iklan
Peserta Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Mangorit Lingoi (kiri),30 dan Nyutai Awi (tengah), 45 bersama pelbagai produk rotan hasil anyaman mereka ketika tinjauan foto Bernama di Lusong Laku, baru-baru ini.

Mangorit, ketika ditemui memberitahu, dia mula belajar menganyam sejak dari usia kanak-kanak dengan menghasilkan produk seperti beg yang bersaiz kecil dan kemudian kepada saiz besar.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Bagi Nyutai Awi,45, antara produk yang memberikan cabaran sudah tentu tikar kerana memerlukan tempoh tiga minggu untuk menyiapkannya, berikutan produk ini menggunakan rotan yang banyak.

Nyutai berkata, produk anyaman penduduk Penan juga dijual di kawasan sekitar selain menjadi pilihan pelancong yang datang ke Lusong Laku dan mereka juga turut menerima tempahan daripada guru dan jururawat yang bertugas di kawasan itu.

Kraftangan Malaysia pada tahun 2021 menyalurkan khidmat bantuan kemahiran dalam tiga fasa kepada komuniti Penan di Lusong Laku.

Fasa pertama pada 16 hingga 19 Ogos 2021 iaitu memberi pendedahan asas teknik menganyam rotan menggunakan acuan kayu sementara fasa kedua pada 13 hingga 16 Okt 2021, menumpukan kemahiran lanjutan proses pewarnaan bilah rotan menggunakan bahan pewarna dan teknik anyaman kombinasi bilah berwarna, manakala fasa tiga, dari 14 hingga 16 Feb 2023, menumpukan aspek jalinan bilah rotan berwarna.