Kylian Mbappe kini milik Real Madrid

Iklan
Kylian Mbappe bergambar bersama pengerusi Real Madrid ,Florentino Perez (kanan), bekas pemain Zinedine Zidane (kiri), bapanya Wilfried Mbappe dan ibunya Fayza Lamari semasa diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol, Foto EPA

BINTANG bola sepak Perancis, Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol, Real Madrid pada Selasa.

"#WelcomeMbappé," tulis kelab itu di X, sambil menambah bahawa pemeriksaan kesihatan pemain berusia 25 tahun itu juga telah selesai.

Iklan
Iklan

Agensi Anadolu melaporkan bahawa selepas menandatangani perjanjian itu, Mbappe dihadiahkan replika stadium, jam tangan dan jersi dengan namanya dan nombor 9 tertera di atasnya oleh presiden kelab, Florentino Perez.

Mbappe yang dilahirkan di Paris meninggalkan Paris Saint-Germain selepas tujuh tahun bersama kelab itu.

Iklan

Pemain itu telah memenangi enam gelaran Ligue 1 Perancis dalam tujuh musim bersama PSG dan merupakan juara Perancis bersama Monaco pada 2017. Dia juga membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia.

Dianggap sebagai seorang daripada pemain terbaik dunia, Mbappe menjaringkan 256 gol dalam 308 perlawanan untuk PSG menjadikannya penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!