Tempoh 15 tahun bersih runtuhan Gaza

Iklan
Pemandangan bangunan yang musnah dibedil tentera Israel di kejiranan Shujaiya. Foto AFP

GAZA CITY - Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menggangarkan kerja membersihkan Genting Gaza daripada runtuhan akibat dimusnahkan Israel akan mengambil tempoh 15 tahun, lapor Al-Jazeera.

UNRWA yang memetik kenyataan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) bahawa ia termasuk tugas membersihkan sisa-sisa runtuhan seberat 40 juta tan.

Iklan
Iklan

"Serpihan itu memberikan ancaman maut kepada penduduk di Genting Gaza kerana ia masih mengandungi senjata tidak meletup dan bahan berbahaya,” kata UNRWA sambil menambah pengalihan serpihan akan memerlukan lebih 100 trak dan menelan belanja kira-kira AS$500 juta (RM2.3 billion).

UNEP berkata, sebahagian daripada serpihan itu tercemar dengan asbestos, iaitu mineral toksik yang menyebabkan penyakit paru-paru dan kanser.

Seorang penduduk Palestin melihat kereta kebal tentera Israel yang musnah dibom pejuang Hamas di kejirana Shujaiya. Foto AFP

Iklan

Selain itu, terdapat juga mayat masih tertimbus dalam sejumlah besar serpihan tersebut.

Sebagai perbandingan, semasa konflik Hamas-Israel pada tahun 2014, kira-kira 2.4 juta tan serpihan telah dikeluarkan.

Sebuah keluarga terpaksa menaiki keldai semasa berpindah semula ke rumah mereka di daerah Tuffah, timur Gaza. Foto AFP

Iklan

UNEP menganggarkan bahawa jumlah serpihan di Genting Gaza adalah 13 kali ganda lebih banyak daripada jumlah gabungan semua serpihan akibat konflik lain di Gaza sejak 2008.

Pada bulan Mei, Program Pembangunan PBB (UNDP) menganggarkan bahawa pembinaan semula rumah di Gaza akan mengambil masa sehingga tahun 2040.

"Kami tidak pernah melihat perkara seperti ini sejak 1945,” kata Pengarah Biro Serantau untuk Negara Arab di UNDP Abdallah al-Dardari.

Bulan lalu, Radio Tentera Israel, yang memetik pegawai tentera berkata, kira-kira 50,000 bom telah dijatuhkan di Gaza oleh pesawat pejuang sejak 7 Oktober lalu, sambil menambah bahawa 2,000 hingga 3,000 bom tidak meletup.

Setakat ini, hampir 38,700 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sementara lebih daripada 89,000 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. - Agensi