Guna AI, ubah gambar kawan wanita jadi bogel

Iklan
ARB ketika dibawa polis. Foto Agensi

SURABAYA - Seorang lelaki berjaya ditahan polis selepas dipercayai menyunting gambar kawan perempuannya menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) bagi tujuan tidak baik.

Media tempatan melaporkan, sekitar 20 gadis perempuan telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.

Iklan
Iklan

Setakat ini satu laporan polis telah dibuat mangsa terhadap pelaku yang berusia 18 tahun tersebut.

Menurut Inspektor Komang Andhika Prabu, motif utama pelaku yang dikenali sebagai ARB itu hanyalah untuk tujuan suka-suka dan peribadi.

Iklan

"Pelaku memperoleh gambar mangsa menerusi media sosial mereka, kerana sudah lama kenal," kata polis daerah Gresik itu.

Tambahnya, semua mangsa kini mengalami trauma yang teruk kerana gambar yang disunting itu telah disebarkan oleh pelaku di media sosial.

Iklan

ARB bakal dikenakan hukuman menurut Undang-Undang Indonesia, Pasal 45 Ayat (1) Juncto Pasal 27 Ayat (1) UU tentang Informasi dan Transaksi Elektronik (ITE), jika disabitkan kesalahan dia bakal dikenakan hukuman enam tahun penjara. - Agensi