Mengapa kita pilih keserabutan?
Iklan
BERKURUN lama sebelum World Wide Web sebagai media maklumat dapat diakses melalui capaian internet pada era 1990-an, manusia menulis diari sebagai pendekatan bagi merehatkan minda.
Diari merupakan catatan peribadi yang merakam peristiwa, fikiran dan perasaan seseorang. Ia ditulis dengan pena ke dalam sebuah buku sebagai rekod peribadi. Biasanya seseorang itu tidak membenarkan orang lain membacanya.