KUALA LUMPUR - Malindo Air mengesahkan bahawa tujuh anak kapalnya dikuarantin selama 14 hari di Zhengzhou, China kerana terdapat seorang penumpang dalam pesawat dari wilayah Hubei yang disyaki mempunyai koronavirus.
Menurut kenyataan di Facebook rasmi syarikat penerbangan itu, anak kapal tersebut mengendalikan pesawat dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada 24 Januari (Jumaat).
"Malindo Air memantau rapi keadaan itu dan menyediakan bantuan yang diperlukan oleh anak kapal berkenaan serta pihak berkuasa di China, bagi meminimumkan penularan koronavirus itu.
"Penyaringan proaktif penumpang di lapangan dan kawalan yang lebih ketat ke atas pergerakan penumpang untuk semua penerbangan pergi dan dari tanah besar China sedang berjalan.
"Semua penumpang China dari wilayah Hubei (seperti yang ditunjukkan dalam pasport) mesti mengemukakan sijil perubatan untuk membuktikan bahawa mereka layak menaiki pesawat. Penumpang yang didapati tidak sesuai untuk perjalanan akan ditolak untuk menaiki penerbangan," menurut kenyataan itu.
Penumpang boleh menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan Malindo Air customer_care@malindoair.com atau hubungi + 603-7841 5388 (8 pagi hingga 10 malam untuk membatalkan atau mengubah rancangan perjalanan mereka. - Bernama