Pas sedia sokong pindaan, harap segera dibentang - Tuan Ibrahim
Iklan
SHAH ALAM - Pembangkang terutamanya Pas sedia menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) sekiranya kerajaan membentangkan dokumen itu di Dewan Rakyat.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rang undang-undang berkenaan telahpun diperhalusi dan dilengkapkan sebelum ini dengan memasukkan beberapa perkara tambahan.