Mayat Nur Farah Kartini reput di dada, muka, punca kematian belum disahkan

Iklan
Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM - Punca kematian masih belum dapat disahkan disebabkan keadaan mayat mangsa iaitu Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang telah reput di bahagian dada dan muka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal ke atas beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat.

Iklan
Iklan

"Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian," katanya kepada Sinar Harian

Beliau berkata, ini juga bagi menolak kemungkinan sebab-sebab lain berkait kematian mangsa.

Iklan

Dalam pada itu, Hussein turut mengesahkan sebuah kereta milik suspek yang juga kenalan mangsa telah dirampas untuk siasatan lanjut.

"Polis ada merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek," ujarnya.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.