Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dikebumi di Pekan, Pahang

Iklan
Jenazah mangsa bunuh Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang.

SUNGAI BULOH - Jenazah mangsa bunuh Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka dikebumikan di Pekan, Pahang selepas dituntut ahli keluarganya pada Rabu.

Abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, bagaimanapun berkata, butiran lokasi sebenar akan dimaklumkan semula selepas ini.

Keadaan suasana sekitar pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pagi ini lengang.

Iklan
Iklan

Sementara itu, suasana sekitar pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini masih lengang.

Pengamal media kelihatan berkumpul dipekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pagi ini bagi mendapatkan perkembangan berkaitan seawal jam 8 pagi.

Beberapa pengamal media kelihatan berkumpul di sekitar lokasi terbabit bagi mendapatkan perkembangan berkaitan seawal jam 8 pagi.

Iklan

Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang pada Isnin.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah ditahan dan direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan