Pakej Rahmah Prabayar Siswa bantu kurangkan beban mahasiswa

Iklan
Pakej itu membantu golongan mahasiswa mendapatkan liputan komunikasi dan internet lebih baik semasa sesi pengajian serta pembelajaran. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa yang diperkenalkan sejajar dengan hasrat kerajaan menangani peningkatan kos sara hidup.

Ia bagi membantu golongan mahasiswa mendapatkan liputan komunikasi dan internet lebih baik semasa sesi pengajian serta pembelajaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kos dalam memperkenalkan pakej tersebut sebaliknya syarikat telekomunikasi bermurah hati untuk mengurangkan caj kepada mahasiswa.

"Bagi pihak kementerian, saya merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan, Kementerian Komunikasi, syarikat telekomunikasi dan semua pihak yang sentiasa cakna serta prihatin untuk membantu mengurangkan beban mahasiswa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan inisiatif itu pada harga tidak lebih RM30, dengan minimum permulaan data 30 gigabait (gb) untuk tempoh sah laku selama 180 hari.

Pakej itu khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) terpilih.

Iklan