Sanggup membelanjakan RM150,000 demi burung kakak tua

Iklan
Samsu sanggup membelanjakan RM150,000 bagi memiliki seekor burung kakak tua disebabkan minat terlalu mendalam terhadap burung tersebut.

KUANTAN - Minat terhadap burung kakak tua mendorong pemiliknya membelanjakan ribuan ringgit untuk memiliki haiwan berkenaan.

Program Pameran Burung Kakak Tua di Mini Zoo Taman Teruntum menemukan ramai peminat burung itu yang tidak melepaskan peluang berkongsi idea penjagaan burung berkenaan.

Iklan
Iklan

Seorang peminat, Datuk Samsu Anuar Nawi, 51, berkata, pelaburan RM150,000 bagi memiliki burung jenis itu langsung tidak dianggap merugikan sebaliknya berbangga kerana sudah memiliki tiga burung kakak tua spesies Parrot Kelabu Afrika dan Sun Parakeet berusia antara lima bulan hingga setahun.

Sifat manja burung itu yang jinak dan kebolehan bercakap menjadi pendorong Samsu memelihara haiwan berkenaan.

Iklan

"Saya membeli burung kakak tua yang dibekalkan oleh seorang rakan yang sudah lama terlibat dengan aktiviti membiak burung ini," katanya ketika ditemui pada pameran tersebut.

Samsu mengakui terhibur dan tenang kerana haiwan itu petah bercakap selain mudah dijaga dan mempunyai jangka hayat yang panjang.

Iklan

"Penat bekerja seharian akan hilang apabila saya dapat bercakap dengan burung ini. Biasanya saya akan meluangkan antara 15 hingga 30 minit bermain dengan haiwan ini," katanya.

Tengku Nursyuhada bersama burung kakaktua miliknya.

Menurut Samsu, burung kakak tua perlu sentiasa dibelai bagi memastikannya sentiasa manja dan mesra dengan pemilik termasuk ahli keluarga.

"Burung ini juga tidak mudah dijangkiti penyakit kerana memiliki ketahanan daya melawan penyakit yang tinggi," katanya.

Sementara itu, Tengku Nursyuhada Tengku Badarishah, 32, mempunyai empat burung kakak tua jenis Eclectus dan Sun Parakeet yang dibela sejak setahun lalu.

Katanya, burung terbabit dibeli pada harga lebih RM3,000 bagi setiap seekor dan dia juga beruntung kerana suami turut memiliki hobi yang sama

"Burung ini istimewa kerana akan kembali kepada pemilik setiap dilepaskan,” katanya.

Tengku Nursyuhada berkata, kelebihan lain yang terdapat pada burung kakak tua ialah warna bulunya yang terang dan menarik.

"Sebagai contoh spesies Sun Parakeet memiliki bulu berwarna kuning, merah, hijau dan oren. Warna itu membuatkan kami berdua sanggup berhabis ribuan ringgit.

"Setiap hari kami akan mengajar burung menyebut beberapa perkataan yang mudah seperti selamat pagi, tidur, makan, apa khabar dan memberi salam.

"Saya terhibur setiap kali melihat burung peliharaan yang aktif dan sihat, hati saya tenang dan gembira melihat gelagatnya,” katanya.

Samsu bersama burung kakak tua miliknya.