'Bantulah kami bawa pulang jenazah Rais dari Korea Selatan'

Iklan
Allahyarham Mohd Rais Sarkhanuddin Zainordin, 23, meninggal dunia di Korea Selatan Ahad lalu.

KOTA KINABALU - Ahli keluarga seorang lelaki berasal dari Kota Belud, yang dilaporkan meninggal dunia di Bandar Gumi, Wilayah Gyeongsang, Korea Selatan sedang mengumpul dana untuk membawa pulang jenazah ke Sabah.

Difahamkan, Mohd Rais Sarkhanuddin Zainordin, 23, yang baru saja ke negara tersebut ditemui meninggal dunia di rumah didiaminya pada Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Menurut bapa saudara, Zaidi Mejin, 38, dia kini bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke Sabah.

"Pembiayaan untuk urusan ini memerlukan jumlah yang besar dan dianggarkan mencecah lebih RM75,000 termasuk bil hospital dan kos untuk menghantar jenazah.

Iklan

"Setakat ini, dana yang berjaya dikumpul termasuk daripada ahli keluarga dan sejak ditularkan semalam adalah sebanyak RM30,000," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, jenazah masih berada di Hospital Gumi, namun belum diketahui punca kematiannya.

Iklan

"Saya baru saja balik dari balai polis untuk mengambil pasportnya tetapi jenazah masih lagi berada di hospital.

"Setakat ini belum diketahui punca kematian cuma ibunya ada memaklumkan bahawa ananya tidak sakit sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Zaidi memaklumkan kematian anak saudaranya itu hanya diketahui selepas terdengar kejadian rakyat Sabah dari Kota Belud meninggal dunia.

"Saya difahamkan, arwah datang ke sini sejak sebulan lalu untuk melancong dan tinggal bersama rakan-rakannya.

"Pada pagi kejadian, saya menerima info ada kejadian meninggal dunia di kawasan tersebut dan apabila ditanya, arwah berasal dari Kota Belud.

"Jadi saya minta gambar arwah sebelum dikirimkan kepada ahli keluarga di Sabah dan mereka maklumkan arwah ada kaitan kekeluargaan dengan kami," katanya.

Zaidi yang bekerja sambil belajar di Korea Selatan sejak lebih setahun lalu mengambil tanggungjawab untuk menguruskan jenazah sehingga selesai.

Sebelum itu, tular satu hantaran sejak Selasa memaklumkan ahli keluarga memerlukan sumbangan dana untuk membawa pulang jenazah tersebut yang kini masih di Korea Selatan.

Sumbangan dana boleh disalurkan kepada ibu Mohd Rais iaitu Faridah Maluddin di nombor akaun Public Bank (4967333612)