Enam maut, berpuluh cedera insiden tembakan di masjid Oman

Iklan
Kementerian Luar Pakistan memaklumkan pada Selasa bahawa empat rakyatnya maut dalam insiden itu. - Foto X @MFaisal1791

KUALA LUMPUR - Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman telah meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.

Polis Oman dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, tiga penyerang turut terbunuh, manakala 28 individu daripada pelbagai negara termasuk empat anggota polis cedera.

Iklan
Iklan

"Kejadian itu mengakibatkan kematian lima individu, seorang anggota polis dan tiga penyerang,” menurut kenyataan itu.

Pihak polis, tentera dan anggota keselamatan telah selesai menjalankan prosedur menangani insiden tembakan di kawasan Al-Wadi Al-Kabir.

Iklan

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Siasatan berhubung insiden masih berjalan,” menurut polis.

Iklan

Polis Oman turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan penduduk tempatan yang membantu mengawal keadaan.

Kementerian Luar Pakistan memaklumkan pada Selasa bahawa empat rakyatnya maut dalam insiden itu, manakala puluhan lagi rakyat Pakistan sedang menerima rawatan di hospital.- Bernama