KUALA PILAH - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak tujuh hari lalu rupanya menginap di rumah rakannya di Kampung Merual, Seri Menanti di sini iaitu kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, Muhammad Adi Putra Yusri, 17, telah pulang ke rumah keluarganya di Ampang Tinggi kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Iklan
Iklan
"Sepanjang tinggal di rumah rakannya itu, dia berada dalam keadaan selamat, sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Remaja itu telah selamat pulang ke rumah keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 11 Julai lalu.
Lokasi terakhir dia dilihat adalah sekitar Ampang Tinggi dekat Tanjong Ipoh dengan memakai baju kemeja-t lengan pendek warna hijau, seluar pendek warna hitam dan berselipar.
Artikel Berkaitan