KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 18 hingga 24 Julai ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.