Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024

Iklan
Hui Ying pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2024 yang bertujuan mempromosikan Pulau 1, Forest City di Johor Bahru, Johor bagi meningkatkan perkembangan ekonomi di kawasan tersebut dengan memasukkan peruntukan cukai khas ke dalam Akta 235 diluluskan persidangan Dewan Rakyat, pada Rabu.

Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Iklan
Iklan

Terdahulu, semasa penggulungan perbahasan RUU Kastam, beliau berkata, Pulau 1 ialah sebuah pulau tambak yang telah diwartakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

"Pulau ini dihubungkan dengan sebuah jambatan sepanjang 600 meter. Oleh itu, ia menepati takrifan sebagai sebuah pulau. Jadi, Pulau 1 memang ditakrifkan sebagai sebuah pulau,” katanya.

Iklan

Mengenai isu ketelusan dan penguatkuasaan undang-undang di Pulau 1, Hui Ying berkata, pengunjung yang keluar dari pulau itu menuju ke Malaysia perlu mengemukakan apa-apa resit, invois atau dokumen yang membuktikannya berada tidak kurang daripada 40 jam di dalam Pulau 1 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Ini adalah satu pantauan dan Pulau 1 dijangka memberi kesan ekonomi kepada kawasan setempat dan pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor yang akan dibangunkan contohnya hospitaliti, kewangan dan juga peruncitan,” katanya.

Iklan

Dewan Rakyat juga meluluskan RUU Eksais (Pindaan) 2024, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2024, RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2024 dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024.

Semasa penggulungan RUU Eksais (Pindaan) 2024, Hui Ying berkata, terdapat barang yang dikecualikan cukai di Pulau 1 iaitu minuman keras, coklat, kosmetik dan minyak wangi. - Bernama