Lelaki cedera ditikam 11 kali rakan serumah

Iklan
Video tular memaparkan insiden seorang lelaki ditikam di kawasan perumahan Desa Mentari pada Rabu.

PETALING JAYA - Seorang lelaki cedera setelah ditikam 11 kali oleh rakan serumahnya di kawasan perumahan Desa Mentari di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan insiden itu pada jam 5.45 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu sebuah rumah di tingkat lima di perumahan berkenaan.

"Pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh telah hadir di lokasi kejadian untuk memberi bantuan dan pemeriksaan mendapati terdapat 11 tikaman pada badan mangsa.

Iklan

"Suspek dipercayai cuba untuk melarikan diri dengan melompat melalui tingkap dapur dari rumah itu dan ditemui terbaring di tingkat bawah perumahan tersebut.

"Lelaki berkenaan mengalami patah di pinggang dan cedera di bahagian rusuk kanan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, mangsa dan suspek telah dirujuk ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut.

"Punca kejadian dipercayai kedua-dua mereka dalam keadaan mabuk dan bergaduh," katanya.

Menurutnya, pihak polis turut berjaya merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut di lokasi kejadian.

"Semakan rekod jenayah ke atas mangsa dan suspek mendapati tiada rekod lampau dan tiada rekod dikehendaki polis," katanya.

Shahrulnizam berkata, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," ujarnya.