Ahli Parlimen perlu sihat jalankan kerja wakil rakyat dengan baik

Iklan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengalami sesak nafas ketika memulakan jawapan lisan soalan pertama di Dewan Rakyat pada Rabu. Foto Bernama

SEMUA ahli Parlimen perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan diri mereka dalam keadaan sihat supaya dapat menjalankan kerja sebagai wakil rakyat dengan baik.

Ia susulan arahan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai kewajiban ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November 2024.

Iklan
Iklan
Johari

Johari berkata, pemeriksaan tersebut membantu dalam mengesan tahap kesihatan ahli Parlimen selain membolehkan langkah pencegahan dapat diambil dengan kadar segera.

Ahli Parlimen mempunyai kemudahan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan penuh bersama doktor untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Iklan

Kesihatan fizikal yang baik bukan sahaja memberi manfaat tetapi juga memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa sakit, ajal dan maut di tangan Tuhan, namun jika boleh dicegah awal adalah lebih baik kerana kebanyakan penyakit berbahaya boleh menyebabkan kecederaan selain kematian mengejut.

Iklan

Perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana negara bukan sahaja memerlukan wakil rakyat yang kompeten tetapi juga sihat dari segi mental serta fizikal.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan tindakan yang dilakukan Vietnam dalam usaha menurunkan harga minyak petrol bagi meringankan beban rakyat.

Ketua Biro Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Gerakan, Datuk Ch'ng Boon Chye berkata, penurunan harga bahan api itu bukan sahaja disebabkan pengurangan dana subsidi malah kerajaan Vietnam mengurangkan cukai dan meningkatkan import minyak.

Boon Chye

Menurutnya, ia bertujuan untuk mengurangkan kesan harga yang tinggi kepada pengguna dan perniagaan.

Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi bahan api ialah kaedah terbaik bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat.

Walau bagaimanapun, setakat ini mekanisme yang digunakan oleh kerajaan kurang jelas menyebabkan golongan B40 dan M40 kini terkesan akibat kenaikan harga barangan.

Malaysia mempunyai ekonomi berdaya saing dan sudah tentu mempunyai alternatif lain bagi memastikan kenaikan harga bahan api tidak menjejaskan kehidupan rakyat di negara ini.