'Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker'

Iklan
Seorang warga asing cuba menyorok dalam tandas semasa serbuan imigresen di sebuah pusat snuker di Taman Puchong Utama, Selangor pada Rabu

PUCHONG - Dicekup kerana menyorok di dalam tandas, kemudian cuba menipu konon dirinya hanya pelanggan premis antara cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) mahu melepaskan diri daripada ditangkap dalam serbuan pusat snuker di Taman Puchong Utama, di sini pada Rabu.

Semasa ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, lelaki berusia lingkungan 20-an itu cuba berdolak-dalih memberi pelbagai alasan.

Iklan
Iklan

Namun, pemeriksaan lanjut menemui barang peribadi milik lelaki warga Indonesia itu berada di kaunter, sekali gus membongkar PATI itu merupakan pekerja premis terbabit.

Khairrul Aminus

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi dijalankan di 14 premis di sekitar Shah Alam dan Puchong bermula jam 11 pagi.

Iklan

Menurutnya, antara lokasi serbuan melibatkan premis perniagaan peralatan perkakasan, kedai gunting rambut, pusat snuker, bengkel, kedai gunting, restoran serta kilang proses makanan.

Antara warga asing yang diperiksa semasa operasi di premis peralatan perkakasan di sekitar Shah Alam, pada Rabu.

"Seramai enam PATI termasuk dua wanita yang masing-masing terdiri daripada tiga Indonesia, Myanmar (2) dan seorang Bangladesh merupakan pekerja di pusat snuker, kedai perkakasan dan tukang gunting ditahan.

Iklan

"Antara kesalahan yang dikesan ialah tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit sah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Imigresen membuat pemeriksaan terhadap warga Indonesia yang ditahan ketika cuba menyorok semasa serbuan di pusat snuker di Taman Puchong Utama, Selangor pada Rabu.

Tambahnya, kesemua PATI berusia lingkungan 20 hingga 40-an dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!