Peniaga cari pasal, pamer harga RM2.50 tapi jual RM3

Iklan
Pemilik premis dikesan mempamerkan harga RM2.50 bagi satu peket di ruang jualan, namun mengenakan RM3 apabila pelanggan membuat bayaran.

TELUK INTAN - Sebuah kedai runcit di sini dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas didapati menjual barang kawalan minyak masak peket 1 kilogram bersubsidi melebihi harga ditetapkan.

Dalam pemeriksaan sekitar jam 10.50 pagi pada Rabu itu, pemilik premis dikesan mempamerkan harga RM2.50 bagi satu peket di ruang jualan, namun mengenakan RM3 apabila pelanggan membuat bayaran.

Iklan
Iklan

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, aduan kes itu diterima daripada orang awam yang mendakwa mereka dikenakan caj lebihan RM0.50 daripada harga kawalan yang ditetapkan.

"Bagi memastikan aduan tersebut berasas, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa telah melakukan penyamaran dengan membuat uji beli menerusi Op Samar.

Iklan
KPDN turut mengenakan tindakan sita ke atas 55 kilogram minyak masak peket dianggarkan RM165 yang ditemui di premis itu.

"Uji beli minyak masak peket 1 kilogram yang dilakukan dan maklum balas daripada anak pemilik perniagaan mengesahkan, minyak tersebut dijual dengan harga RM3," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, susulan kes itu, satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada pemilik premis.

Iklan

Katanya, KPDN turut mengenakan tindakan sita ke atas 55 kilogram minyak masak peket dianggarkan RM165 yang ditemui di premis itu untuk siasatan lanjut.

"Kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang mana individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!