Hilang ketika cari siput belitung: Belum ada petunjuk baharu

Iklan
Dua lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 Jun lalu semasa keluar mencari siput belitung di Sungai Tuntung, Pantai Remis di sini masih belum ditemui sehingga kini.

MANJUNG - Belum ada petunjuk baharu ditemui bagi membantu pencarian dua lelaki yang hilang ketika mencari siput belitung di Hutan Paya Bakau Sungai Tuntung, Pantai Remis di sini sejak 18 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, operasi pencarian yang dilakukan sebelum ini tidak berjaya mengesan jejak dan keberadaan mangsa.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang.

"Tiada penemuan yang boleh dikaitkan dengan sebarang perlakuan jenayah terhadap kes itu," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Mohamed Nordin

Beliau berkata, meskipun sudah sebulan kehilangan dilaporkan, operasi mencari mangsa di kawasan itu masih diteruskan oleh ahli keluarga dan orang awam.

Dalam kejadian 18 Jun lalu, Yahya Harun, 56, bersama rakan, Azman Mat Jaab, 61, turun ke hutan paya bakau tersebut mencari siput, namun sehingga jam 8.30 malam kedua-duanya tidak pulang ke rumah.

Iklan

Pencarian awal mendapati, kedua-dua motosikal milik mangsa masih berada di kawasan berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat disertai polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah digerakkan bermula 19 Jun.

Operasi turut dibantu khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) itu dihentikan selepas lima hari berikutan tiada petunjuk ditemui.

Usaha mencari kemudiannya diteruskan penduduk kampung, komuniti setempat dan sukarelawan merangkumi kawasan hutan paya bakau dan pesisir pantai.