[VIDEO] Tiga penguat kuasa direman kes 'pasport terbang'

Iklan

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Tiga anggota penguat kuasa di sebuah jabatan yang disyaki terlibat dengan sindiket 'pasport terbang' direman selama enam hari untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Perintah reman bermula Jumaat itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di Mahkamah Masjitret, di sini pada Khamis.

Permohonan reman itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan pembaharuan pasport yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun 2023.

Iklan
Iklan

Salah seorang suspek lelaki berusia 41 tahun diwakili peguam, Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan Nur Syazwani Razlee manakala pendakwaan bagi ketiga-tiga suspek dikendalikan Pegawai Pendakwa, Norsham Saharom.

Tiga anggota penguat kuasa ditahan reman tujuh hari selepas permohonan reman oleh SPRM Sabah dibenarkan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan SPRM Sabah berjaya membongkar kegiatan sindiket 'pasport terbang' dengan penahanan tiga anggota penguat kuasa di sebuah jabatan menerusi Op Fly yang dilaksanakan baru-baru ini.

Iklan

Kesemua suspek lelaki berusia 40-an hingga 50-an ditahan kira-kira jam 2 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

Suspek disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada sindiket pemalsuan pembaharuan pasport dengan memalsukan tandatangan penerima serta memanipulasi sistem cap jari pemohon di mana peraturan menetapkan pemohon perlu hadir sendiri di agensi untuk mengambil pasport yang telah diluluskan.

Iklan

Anggota penguat kuasa yang terlibat kemudian menyerahkan pasport kepada orang tengah tanpa kehadiran pemohon yang masih berada di luar negara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.