Kerusi, meja makan di petak parkir kena angkut

Iklan
Pemilik kedai yang tidak memikirkan keselamatan pelanggan apabila meletakkan kerusi meja di petak parkir bersebelahan jalan.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas terhadap penjaja yang dikesan menjalankan perniagaan hingga menghalang laluan awam termasuk di siar kaki dan petak parkir.

Menerusi tindakan sitaan penjaja warga asing dan pindah halangan, DBKL turut mengambil tindakan tegas terhadap penjaja roda tiga.

Iklan
Iklan

DBKL menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, sebanyak 12 sitaan dan pindah halangan dilakukan terhadap penjaja yang dikesan beroperasi tanpa permit dan melanggar syarat lesen.

DBKL angkut kerusi meja yang diletakkan dalam kawasan petak parkir.

Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Desa Pandan, Jalan Tun Razak dan Lorong Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Jemur dan Jalan Raja Alang Kampung Baru.

Iklan

"Tindakan diambil di bawah peruntukan UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 serta Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Antara barangan yang disita termasuk meja dan kerusi plastik, kanopi dan lain-lain peralatan," katanya pada Khamis.

Iklan
Peniaga roda tiga turut diambil tindakan.

Menurut kenyataan itu, barangan dan peralatan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

Katanya, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.