Tun M dirawat di IJN kerana batuk

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.

Pembantunya, Sufi Yusoff menerusi laporan Bloomberg berkata, bekas pemimpin berusia 99 tahun itu dirawat di IJN kerana batuk.

Iklan
Iklan

Sejak beberapa tahun lalu, Mahathir sering mendapatkan rawatan di hospital akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung.

Kali terakhir beliau dimasukkan ke hospital adalah pada Januari lalu dan menjalani rawatan hampir dua bulan.

Iklan
Iklan

Beliau dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024 untuk rawatan jangkitan dan pemerhatian sebelum dibenarkan keluar pada 18 Mac lalu.