[VIDEO] KKM tawar khidmat kaunseling kepada keluarga Nur Farah Kartini

Iklan

SUNGAI BULOH - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa pembunuhan, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, pada Khamis.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, khidmat berkenaan ditawarkan susulan kejadian yang menimpa keluarga itu.

Iklan
Iklan
Datuk Lukanisman Awang Sauni

Lukanisman (dua dari kanan) ketika hadir di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada Khamis.

Iklan

"Saya hadir bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Saya berkesempatan bertemu dengan ibu serta abang mangsa yang dalam keadaan bersedih.

"Apa yang pastinya keluarga ini dalam keadaan trauma dengan apa berlaku, susulan itu kita berikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir menziarahi keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh dekat sini pada Khamis.