PARIS - Tujuh orang maut termasuk tiga kanak-kanak dalam kebakaran pada Rabu di Nice, Perancis, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin di media sosial X, menurut Xinhua.
"Tindakan pantas pasukan bomba seharusnya dapat mengelakkan lebih banyak mangsa," kata menteri itu, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kebakaran itu.