Polis Perak belum terima maklumat boleh dikaitkan kehilangan pemandu e-hailing

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Azizi

IPOH - Polis Perak belum menerima sebarang maklumat yang boleh dikaitkan dengan kehilangan seorang pemandu e-hailing dari Kuala Lumpur yang dilaporkan hilang selepas menghantar penumpang ke Teluk Intan, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, setakat ini tiada mana-mana individu tampil memberikan maklumat berkaitan kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Jika kehilangan itu berlaku di negeri ini, maka sudah tentu kita beri kerjasama, namun siasatan sudah tentulah dilakukan di bawah balai negeri berkenaan," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Sinar Harian melaporkan, Syahrul Ashraf Dahlan, 33, yang tinggal di Pandan Indah, Kuala Lumpur gagal dihubungi ahli keluarga termasuk isterinya sejak 11 Julai lalu.

Iklan

Kali terakhir mangsa memaklumkan kepada ahli keluarga melalui aplikasi WhatsApp bahawa dia akan menghantar penumpang ke Teluk Intan.

Satu laporan polis berhubung kehilangan itu telah di Balai Polis Pandan Indah, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Iklan

Mangsa yang mempunyai empat anak berusia sembilan hingga dua tahun dikatakan tidak pernah mengadu menghadapi sebarang masalah sebelum ini.